Sunday, October 3, 2010

Ramadhan 1431H..Berbuka Puasa Bersama Muallaf

Tahun 2010, Masjid Negeri Selangor mengambil inisiatif dengan melaksanakan program berbuka puasa bersam muallaf yang diraikan sendiri oleh Tuan Haji Ahmad Mustafa Bin Hj. Mohd Sidin Al-Muqri, Imam Besar MSSAAS. Program ini dilaksanakan adalah bertujuan meringankan beban saudara-saudara baru yang masih hijau dalam melaksanakan ibadah puasa dan disamping menghulurkan bantuan sempena menjelang perayaan Aidilfitri. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha murni ini. Moga-moga ianya menjadi amal disisi Allah S.W.T. Amin..!!

Ramadhan 1431H..Hari Al-Quds Sedunia 2010

Sempena memperingati peristiwa Al-Quds, beberapa yayasan dan NGO yang memperjuangkan nasib warga Palestin telah bekerjasama dengan Masjid Negeri Selangor menganjurkan satu majlis memperingati Hari Al-Quds Sedunia Peringkat Negeri Selangor di Dewan Bawah Masjid Negeri. Sambutan yang diterima amat lah menggalakkan dan jemaah yang memeriahkan sambutan ini telah disajikan dengan ceramah khas, tayangan video, deklamasi sajak dan sebagainya. Tahniah diucapkan..!!

Ramadhan 1431H..Hari Huffaz Selangor Kali Ke-4

Untuk tahun 2010, Persatuan Tahfiz Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa beramai-ramai di Masjid Negeri Selangor. Ianya telah berjaya menemukan dan mengumpulkan semua AL-HAFIZ di Negeri Selangor dengan jumlah hampir 300 orang. Syabas diucapkan dan diharap segala usaha murni ini dapat dikekalkan di masa-masa akan datang. Alhamdulillah..!!

Ramadhan 1431H..Tazkirah Sebelum Berbuka

Seperti kebiasaan di setiap tahun, Masjid Negeri akan menganjurkan ibadah berbuka puasa beramai-ramai bagi mengimarahkan masjid di bulan Ramadhan. Untuk menarik minat jemaah supaya datang berbuka di masjid, beberapa tazkirah telah diatur dan dijalankan sebelum waktu berbuka puasa bagi mengisi masa terluang menanti waktu berbuka. Alhamdulillah, sambutan pada tahun ini amatlah menggalakkan. Syukur..!!

Saturday, October 2, 2010

Ramadhan 1431H..Bubur Lambuk

Syukur...jiwa rasa tenang tatkala tiba bulan Ramadhan. Sesuai dengan nama bulan yang penuh mulia, ramai dermawan melaksanakan amal jariah bagi mengimarahkan bulan ini. Syukur juga di atas rezeki yang diberi mengingatkan kita bahawa semua ini adalah pemberian daripadanya, Yang Maha Esa. Alhamdulillah..!!

Tumbuh Selepas Hujan..

Keajaiban ciptaan tuhan..ianya tumbuh segar selepas dilimpahi hujan daripada langit..turunnya rezeki kepada umat yang menghargainya..syukur kita sebagai makhluknya..!!

Salam..perantara daripada AS kepada seluruh umat manusia..!!

Salam..kita perlu memberi salam jika mahu masuk kerumah orang. Meminta izin adalah budaya kita yang diterapkan seusia muda dahulu. Mudah-mudahan diberi keizinan untuk kekal di laman ini. Insyaallah..!! - Anak Soleh