Thursday, October 14, 2010

Artwork Lama..Since Upon A Time

Maaf yer..ni bukan design custom album..just utk suka2..pic ni aku x ingat aku shot tahun bila..hehehe..cr2 jmpa lak..so aku kongsikan kat cn..ms tur aku tgh giler main flash (lampu denyar) hehehe..ntah ape2..so kalo rasa kurang memuaskan harap maaf yer..harap dapat tunjuk ajar dari yang Pro ni....Thanks!! Alhamdulillah..!!

Wednesday, October 13, 2010

Tunang - Jenjarom 10/10/2010

Gambar2 ni aku ambik guna Natural Light jer..maaf coz aku mmg x suka guna speedlight or flash. Baru mencabar bagi aku. hehehe..sjak shot even d dewan2 besar yg mmg low light, sejak tu aku blaja belek kamera. Kalo x main nembak jer x kreatif kata sesetengah otai2 d luar sn. Saje cr suatu yg baru dlm kmahiran ni. Harap gmbar2 ni dpt jd portfolio aku yg x seberapa n serba kurang ni. Terima kasih..!!

Pakej

Gambar-gambar ni aku ambik..tp iklan ni bkn tuk aku nyer job tau..hehehe

Wednesday, October 6, 2010

Ramadhan 1431H - Bersamamu Anjuran BAKAMAS (Badan Kebajikan Islam Kakitangan Masjid Negeri Selangor)

BERSAMAMU - Satu program yang dianjurkan oleh BAKAMAS setiap tahun bagi meraikan fakir-miskin dan anak-anak yatim piatu yang berpuasa dan juga bertujuan memberikan sedikit saguhati dan bantuan serta sumbangan untuk perbelanjaan menjelang perayaan Aidilfitri. Seramai tujuh (7) buah keluarga yang terpilih di sekitar daerah Klang dan Shah Alam telah dijemput khas untuk memeriahkan majlis ini. Moga program ini dapat dikekalkan untuk masa-masa akan datang dan semoga ianya memberi manfaat dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Aminn...!!

Ramadhan 1431H - Tetamu Jemputan daripada Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis

Syeikh Siyam, Mantan Imam Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis antara tetamu jemputan yang memeriahkan bulan Ramadhan pada tahun 2010 ini. Lawatan tidak formalnya ke Malaysia telah disambut baik oleh jemaah-jemaah yang perihatin untuk menjadikan Syeikh sebagai duta kepada bangsa-bangsa Palestin yang teraniaya oleh kekejaman Bani Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Melalui pengalamannya, syeikh telah berkongsi serba sedikit mengenai bumi Palestin yang diceroboh dan ditindas dengan kejam kepada semua jemaah yang berada di Masjid Negeri. Moga pendekatan ini boleh dijadikan iktibar kepada semua warga Malaysia. Insyaallah..!! 

Ramadhan 1431H - Imam Terawih Jemputan Daripada Mesir

Imam Jemputan JAKIM daripada Mesir telah dialu-alukan oleh barisan pimpinan Masjid Negeri untuk diberi penghormatan mengimamkan Solat Sunat Terawih dan memperdengarkan bacaan dan alunan kalimah-kalimah suci daripada kitab Al-Quran. Imam tersebut bernama Syeikh Mahmud Abdul Wahab At-Tontiwi (berkopiah merah). Terima Kasih diucapkan.

Ramadhan 1431H - Berbuka Puasa Bersama DYMM Sultan Selangor



Tuesday, October 5, 2010

Ramadhan 1431H - Ceramah Khas Nuzul Al-Quran



Tanggal 17 Ramadhan 1431H bersamaan 27 Ogos 2010M jam 10.00 malam, Masjid Negeri menganjurkan satu ceramah khas bagi memperingati dan menyambut tarikh turunnya Al_Quran Al-Karim yang lebih dikenali sebagai Nuzul Al-Quran, kitab suci umat Islam yang menjadi pembimbing kepada seluruh umat manusia di akhir zaman. Ceramah khas tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Y.Bhg. Ustaz Dato' Ismail Bin Kamus, Penceramah Bebas yang tidak asing lagi di Malaysia. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan dan malam yang penuh barakah ini telah diisi dengan ilmu yang penuh bermanfaat untuk kita semua. Semoga usaha ini diteruskan dan diredhai oleh Allah S.W.T.