Tuesday, October 5, 2010

Ramadhan 1431H - Ceramah Khas Nuzul Al-Quran



Tanggal 17 Ramadhan 1431H bersamaan 27 Ogos 2010M jam 10.00 malam, Masjid Negeri menganjurkan satu ceramah khas bagi memperingati dan menyambut tarikh turunnya Al_Quran Al-Karim yang lebih dikenali sebagai Nuzul Al-Quran, kitab suci umat Islam yang menjadi pembimbing kepada seluruh umat manusia di akhir zaman. Ceramah khas tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Y.Bhg. Ustaz Dato' Ismail Bin Kamus, Penceramah Bebas yang tidak asing lagi di Malaysia. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan dan malam yang penuh barakah ini telah diisi dengan ilmu yang penuh bermanfaat untuk kita semua. Semoga usaha ini diteruskan dan diredhai oleh Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment